Biji-biji koko kering yang diproses melalui beberapa peringkat dan inovasi teknologi akan menghasilkan tiga produk utama iaitu massa, lemak dan serbuk koko. Kegunaan koko berkembang pesat, daripada hanya sebagai minuman pada peringkat awal penemuannya kepada pelbagai bentuk dan perisa coklat serta konfeksi yang lazat dan menyelerakan.
Proses penghasilan coklat daripada koko adalah rumit dan hanya sesuai dijalankan melalui pengilangan. Bahan utama seperti massa koko, lemak koko, gula dan dan susu dicampur pada kadar berbeza bergantung pada coklat yang ingin dihasilkan.
Coklat gelap atau pahit dihasilkan dengan menggabungkan massa koko, lemak koko, gula, lesitin (bahan pengemulsi) dan vanilin (perisa vanila). Manakala untuk coklat susu, susu tepung akan ditambah untuk memberikan rasa lemak dan berkrim. Untuk menghasilkan coklat putih pula, massa koko yang berwarna coklat tidak dimasukkan.
sumber: Terokai Rahsia Coklat Bersama Chef Amer
0 comments:
Post a Comment