BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 22, 2010

Fakta tentang COKLAT

Umum mengetahui semua orang di dunia ini suka makan coklat. Tidak mengira usia tua, muda mahupun kanak-kanak semuanya suka makan coklat. Tapi tahukah anda semua mengenai fakta tentang coklat. Mari kita sama-sama terokai fakta tersebut supaya kita dapat memanfaatkan coklat dalam kehidupan seharian kita. Berikut adalah beberapa fakta mengenai coklat:

  • coklat mengandungi Phenylethylamine yang mana ia berfungsi membantu penyerapan dalam otak dan menghasilkan dopamine yang akan menyebabkan perasaan gembira, meningkatkan rasa tertarik dan dapat menimbulkan perasaan jatuh cinta.
  • Theobromine adalah zat terbanyak yang terkandung dalam coklat. Ia dapat menstimulasi jaringan saraf dan jantung yang membuatkan tubuh terjaga dan bersemangat. Theobromine juga dapat meredakan batuk.
  • coklat juga mengandung Fenol yang dapat mengurangkan kolesterol dalam darah hingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung, mencegah kanser dalam tubuh, serta dapat mencegah terjadinya stroke dan darah tinggi.
  • coklat mengandungi antioksida dan katekin yang dapat mencegah proses penuaan.
  • coklat mengandungi pelbagai jenis vitamin (A, B1, C, D, dan E), zat besi, kalium dan kalsium.
  • Kandungan lemak dalam coklat yang berkualiti tinggi terbukti bebas kolestrol dan tidak akan mengakibatkan pembuluh darah daripada tersumbat.
  • makanlah coklat yang tinggi kandungan biji coklatnya kerana semakin tinggi kandungan biji coklatnya semakin berkhasiat coklat tersebut. ELAKKAN MEMAKAN PRODUK COKLAT YANG TINGGI KANDUNGAN GULANYA.
(Mulai dari saat ini terapkan dalam diri anda untuk suka makan coklat)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...