Lazimnya semua orang mengetahui bahawa coklat diperbuat daripada KOKO. Tahukah anda dari mana asalnya koko? Koko diperolehi daripada pohon koko. Pohon koko dipercayai mula-mula tumbuh di daerah Amazon utara hingga ke Amerika Tengah menjangkau ke selatan Mexico. Pada ketika itu orang-orang tempatan (suku Maya) cenderung memanfaatkan pohon koko sebagai minuman. Mereka menambah rempah-ratus, vanila dan lada merah untuk menghilangkan rasa pahit dari biji koko.
Pada masa kerajaan Aztec berkuasa (sekitar tahun 1500 SM), masyarakat pada ketika itu menganggap biji koko sebagai makanan para dewa. Biji koko ini digunakan dalam upacara-upacara keagamaan atau sebagai hadiah. Coklat juga merupakan barangan mewah di era Colombia-Meso America. Suku Maya, Toltec dan Aztec telah menggunakan biji koko sebagai mata wang.
Sekitar abad ke 17, minuman coklat menjadi kegemaran golongan elit di dalam istana Spanyol. Pada tahun 1689, Hans Sloane telah memperkenalkan sejenis minuman susu coklat di Jamaica dan akhirnya dijual oleh Cadbury bersaudara. Hanya pada tahun 1847, barulah coklat padat dicipta oleh orang Eropah.
Kini kita boleh menikmati coklat dalam pelbagai bentuk, warna, rasa, saiz, dan tekstur.
*Yang pastinya coklat zaman sekarang memang sedap. Saya sekeluarga amat menggemarinya. Anda bagaimana?
Wednesday, December 22, 2010
SEJARAH COKLAT
Posted by Norell at 9:56 AM
Labels: sejarah coklat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment