BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, April 9, 2014

JOM JOIN SAYA


Sekiranya anda berminat untuk join group saya, sila sms / whatsapp saya di 013-6584535 (ZURA) sekarang...
Jangan lepaskan peluang keemasan ini..
Saya akan ajar anda dari langkah pertama dan seterusnya..
Anda lambat anda yang rugi..
Bertindaklah sekarang..
FB: https://www.facebook.com/vitaminEXTRA

Sunday, March 23, 2014

Love semua...


Sunday, October 9, 2011

COKLAT CLUSTER RAYA 2011 (III)

Salam semua,

Diharap semua sihat dan gembira menjalani kehidupan masing-masing.Setelah bulan Syawal berlalu barulah saya mempunyai sedikit masa lapang.Sebelum ini saya begitu sibuk sehinggakan tidak sempat untuk mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung blog norellcoco.Di kesempatan ini juga saya ingin memohon maaf jika terdapat sebarang kekurangan.Di bawah ini saya ingin berkongsi gambar cluster kumpulan terakhir saya.Terima kasih kepada semua yang menempah.Tempahan masih boleh dibuat untuk Raya Haji yang bakal menjelang.Kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan..


Tuesday, August 23, 2011

COKLAT CLUSTER RAYA 2011 (II)

Salam semua,

Diam tak diam kita dah hampir di penghujung Ramadhan. Rasanya seperti baru sahaja kita berpuasa. Pasti semua sedang sibuk membuat persiapan menyambut lebaran yang bakal menjelma. Begitu juga dengan saya agak sibuk mmenyiapkan tempahan Coklat Cluster Raya. Alhamdulillah bak kata orang tua-tua, rezeki anak-anak. Di bawah ada beberapa keping gambar tempahan untuk kumpulan ke dua. ( Ribuan terima kasih kepada semua warga SMK Bekok, Johor ) - Terima kasih daun keladi..tahun depan oder lah lagi..


Monday, August 15, 2011

COKLAT CLUSTER RAYA 2011

Salam Semua,

Alhamdulillah rezeki bertambah di bulan ramadhan ni. Terima kasih kepada semua yang telah menempah coklat cluster raya 2011 di Norell CoCo. Di bawah adalah antara gambar tempahan yang telah disiapkan untuk kumpulan tempahan pertama. (Ribuan terima kasih kepada staf-staf Maybank Kapar, Universiti Putra Malaysia, Serdang dan Canon Opto Shah Alam).


Untuk pengetahuan semua, kami masih menerima oder sehingga hujung minggu ini sahaja. Harap maklum.

Monday, August 8, 2011

KEK AISKRIM

Alhamdulillah hari ini genap 8 hari umat Islam berpuasa. Kali ini hati saya tergerak untuk mencuba sesuatu yang berbeza. Ketika berpuasa, kita pasti kecur liur melihat aiskrim.Jadi, dengan bahan yang sedia ada, saya telah mencuba membuat sendiri aiskrim jagung. Untuk lebih menarik perhatian anak saya yang amat gemarkan kek, saya gandingkan bersama dengan kek pandan. Maka, jadilah kek pandan berlapis aiskrim jagung. Alhamdulillah, anak dan suami saya amat menyukainya...Yummy! lihatlah hasilnya..




Lihat la anak saya tu bukan main asyik lagi makan kek ais krim...asik sebut nak! nak! nak!..

Wednesday, August 3, 2011

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


Salam Ramadhan. Maaf kerana agak lama menyepi. Kesibukan menyiapkan juadah berbuka,makanan anak-anak sambil bergelut dengan karenah mereka membataskan segala-galanya. Namun itu  semua bukan alasan untuk tidak meraikan bulan yang penuh barakah ini. Kepada semua muslimin muslimat diucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan solat terawih. Bulan Ramadhan merupakan bulan paling tepat untuk mensucikan diri dan melipatgandakan pahala. Semoga segala amalan kita mendapat keberkatan-Nya.Amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...